Showing posts with label Online. Show all posts
Showing posts with label Online. Show all posts
Thursday, March 6, 2014
Cara Memohon Skim Latihan 1Malaysia SL1M Online
Cara Memohon Skim Latihan 1Malaysia SL1M Online
Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M merupakan sebuah program untuk mengurangkan kadar pengangguran disamping membantu individu yang bergelar graduan mendapatkan peluang pekerjaan.
Program ini turut meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Syarat Layak Memohon SL1M
1)Graduan mestilah Warganegara Malaysia
2)Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
2)Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
3)Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
4)Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
5)Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
6)Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia
Borang Pendaftaran Online
Sila layari http://www.epu.gov.my/web/guest/e-internship
Sila layari http://www.epu.gov.my/web/guest/e-internship
(Cara Check Online) Saman Trafik JPJ PDRM Melalui MYEG
Kalau anda mempunyai masa untuk membaca berita-berita online termasuk dari Berita Semasa mungkin bukan satu masalah dan alasan untuk anda tidak meluangkan masa menggunakan kemudahan internet bagi tujuan memeriksa saman trafik anda baik dari PDRM mahupun JPJ yang mana anda boleh check secara online melalui kemudahan MYEG.
PDRM menyediakan saluran mudah untuk check saman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS 32728) atau anda juga boleh menggunakan kemudahan membayar saman secara online…..
- Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad
- Kemudian anda perlu register dulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh check saman anda.
- Klik Regester Now di sebelah kiri laman tersebut.
- Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir yang di minta…
- Kemudian anda boleh hantar
- Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Check saman apa. Check saman jpj atau check saman PDRM.
- Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti.
- Nasihat : Ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan di jalan raya. Jika tidak, anda akan ulangi langkah 1-7 sekali lagi selepas ini.
P/S : Diharapkan sekali lagi, mekanisme yang digunakan oleh PDRM dalam isu saman ekor ini dapat diperkemaskan lagi.













